Sebagai rakyat marhaen, saya ucapkan syabas atas tindakan segera yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menahan aktivis Pro-Keadilan dari Sarawak, Iswardy Morni atas tindakan biadap beliau menghina Yang Dipertuan Agong baru-baru ini.
Malah, hari ini saya difahamkan beliau telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas kesalahan tersebut. Biar pun beliau tidak mengaku bersalah, namun apa yang memusykilkan saya ialah kes ini cepat dibawa ke mahkamah. Siasatan begitu pantas selesai dan kertas pendawaan dibuka walau pun masih ada laporan polis yang dibuat terhadap Iswardy di seluruh negara.
Apa yang menjadi persoalan saya ialah kes Iswardy didakwa Hina Agong begitu cepat dibuat pendakwaan, tapi kes yang dihadapi oleh saya pada 2015 hingga kini tidak apa kisahnya.
Pada bulan Mac 2015, saya telah membuat laporan polis di IPD Kuantan berkaitan tindakan seorang wanita dikenali sebagai Aisyah dari radio BFM memuatnaik video hina Islam dan Hudud.
Banyak laporan polis dibuat seluruh negata, namun pada satu kenyataan Ketua Polis Negara mengarahkan laporan yang saya buat diberi perhatian untuk siasatan. Mungkin kerana ia agak lengkap dan siap dengan lampiran yang berkenaan.
Tapi hingga hari ini tiada pendakwaan pun yang dibuat terjadai Aisyah. Antara kes hina manusia dengan hina agama, mana yg lebih relevan sebenarnya?. Sebab tu sy malas nak buat laporan polis ke Iswardy Morni ni. sbb malas jadi mangsa siasatan pulak. Musykil. Apakah kerana Aisyah bukan orang politik, maka tiada apa-apa tindakan terhadapnya?.
Saya tidak menyangka membuat laporan polis terhadap ini, menyebabkan saya telah disoal siasat sehingga lima hari.
Ketika itu, saya ialah orang pertama yang membuat laporan polis terhadap Aisyah Tajuddin, gadis dalam video tersebut.
Disebabkan saya orang terawal yang membuat laporan jadi laporan itu menjadi asas siasatan dan kukuhkan bukti pendakwaan dan saya akan menjadi saksi utama pendakwa.
Saya telah berikan kerjasama penuh dan pihak polis pun telah keluar kenyataan akan panggil Aisyah ke Kuantan untuk tujuan siasatan.
Saya telah banyak kali membuat laporan polis bagaimanapun kes itu paling teruk dan mencabar baginya kerana terpaksa disiasat selama lima hari siang dan malam. Bahkan hingga jam 3.00 pagi.
Saya hampir menarik balik laporan polis tersebut kerana letih disoal siasat, namun setelah dinasihat dan diberi semangat kawan-kawan terpaksa mengambil sikap: ‘alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah’.
Kes video lakonan seorang gadis iti dengan nada sinis mempertikaikan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah negeri Kelantan yang telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri menjadi tular ketika itu.
Berikutan itu, timbul pelbagai reaksi dan kecaman terhadap aksi tersebut yang boleh ditafsirkan sebagai menghina hukum hududn.
Saya percaya Aisyah akan mempertahankan diri sebagai tidak bersalah dan peguam-peguam terkemuka akan membelanya.
Namun apa yang saya hairan sudah lebih 5 tahun kes ini senyap. Saya pun tak tahu lagi apakah status ker tersebut.
Susulan isu hina Agong ini, maka saya sekadar ingin bertanya dan musykil apkah kes itu ditutup begitu sahaja? Apa guna saya disiasat sedemikian rupa? Saya pun tidak pasti apakah Aisyah ditangkap dan dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan.
Justeru, mohon info terkini kes hina hudud ini agar saya boleh membuat persediaan untuk ke mahkamah seperti yang dijanjikan sebelum ini. Musykil 🤔🤔