Apa sudah jadi dengan pemimpin kerajaan. Saya tak tahu mana satu betul mana satu salah. Tapi agak pelik dan mengelirukan. Antara polis dengan menteri kabinet, yang mana satu boleh dipercayai kenyatannya.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau telah diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman pada 16 Mei lalu.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menafikan dakwaan kononnya beliau menjalin hubungan dengan seorang wanita berprofil tinggi.
Namun, polis mengesahkan beliau diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di lokasi tersebut
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Siap menteri nak ambil tindakan kepada penyebar fitnah. Masalahnya berita yang tular ini disebarkan oleh semua media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan sendiri.
Mana mungkin media arus perdana boleh siarkan berita sampah yang dikutip ditepi jalanan. Saya kenal dengan rakan-rakan media arus perdana. Mereka akan rujuk kepada pihak polis jika ada isu-isu yang diragui terutamanya dalam kes jenayah dan sebagainya.
Dalam kes ini, yang bagi kenyataan Ketua Polis Terengganu. Tak mungkin pihak polis nak buat fitnah terhadap seorang menteri kerajaan yang memerintah.
Memang pelik kes nih, menteri pulak buat laporan dakwa difitnah. Agak-agak ending fia macam mana yer? Maka fikirkanlah.....