"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Isu Roti Gardenia Naik Harga, Menteri Cakap Lain Tapi Syarikat Buat Lain !

 

Apa sudah jadi? . Baru dengar harga roti Gardenia masih kekal dan tiada kenaikan harga akan berlaku bermula 1 Jun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid.

Sehubungan itu, beliau berkata masyarakat tidak perlu bimbang dan melakukan pembelian panik berikutan tersebarnya surat yang menyatakan bahawa akan berlaku kenaikan harga roti Gardenia.

Tiba2 dalam masa yang singkat, ada pula pengumuman daripada syarikat pengeluar roti ternama Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) mengesahkan harga enam produk mereka dinaikkan berkuat kuasa 1 Jun ini.

Saya melihat isu ini betapa lemahnya kerajaan kerana akur dengan syarikat terbabit hingga gagal untuk memastikan rakyat marhae itu terbela. Sepatutnya bila kerajaan umum, maka syarikat berkenaan akur dan patuh kerana rakyat didahulukan. Sebab tu rakyat marah kepada kerajaan yang dikatakan gagal.

Anda sendiri fikirkanlah. Jika benda sekecil ini pun gagal ditangani dengan baik. Apakah yang boleh diharapkan oleh rakyat marhaen lagi. Cakna Demi Rakyat.

Penyelaras Angkara Terjah