"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Aktivis Gesa Pihak KKM 'Umum Statistik' Kes Positif Covid-19 Libat Pekerja MCKIP Gebeng

 


KUANTAN - Aktivis bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mempersoalkan kenapa kes positif Covid-19 yang berlaku di kilang Alliance Steel Sdn Bhd (ASSB) MCKIP Gebeng dekat sini masih belum diumumkan.

"Saya melihat data harian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JPNP) hari ini, ternyata statistik kes yang melibatkam pesakit dari MCKIP tiada hingga ke hari ini," dakwa beliau.

Pada PKP 1.0 dulu, beliau juga telah dedah kes yang berlaku di Hospital UIAM Indera Mahkota, namun dinafikan oleh pihak kerajaan. 

Malah, data kes berkaitan 'kluster Bali' yang bermula di hospital terbabit juga tidak dinyatakan dengan jelas, akibatnya orang awam terus dapatkan rawatan di siti dan ramai yang jadi mangsa termasuk kes kematian.

"Saya didakwa buat fitnah, malah UIAM Gombak menafikan dakwan itu. Tetapi, akhirnya terbongkar juga selepas beberapa orang petugas hospital terbabit sendiri didapati positif covid-19. Semua kakitangan kemudian diarahkan membuat swab test secara pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan (TSK),"  tambahnya.

Menurut Shukri lagi, beliau menerima banyak aduan tentang kes Covid-19 yang berlaku di MCKIP, namun hingga sekarang tiada kenyataan yang dibuat oleh pihak kilang mahu pun kerajaan sendiri.

"Kenapa perlu disembunyikan perkara seperti ini? Covid-19 boleh membunuh. Difahamkan majoriti yang terlibat ialah pekerja warga Bangladesh.

"Kesian kepada pekerja warga tempatan yang kini hidup dalam ketakutan. Mereka takut ke kantin, tempat kerja dan mana-mana lokasi dalam kilang kerana risau virus tersebut merebak. Tambah parah lagi, tiada kenyataan rasmi pihak pengurusan kilang terbabit atas perkara ini," dakwa Shukri.

Difahamkan, sudah beberapa kali pekerja kilang terbabit membuat aduan secara online kepada pihak berkuasa terutamanya Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, namun jawapan tetap sama akan diambil tindakan. 

"Anehnya tindakan teralu lama, hingga hari ini barulah pihak KKM masuk ke dalam MCKIP. Beberapa pekerja telah diambil dan ada yang dikuarantin di blok asrama dalam kawasan terbabit. Namun, daa statistik kes di MCKIP masih tidak diumunkan dalam lapora  harian yang dibuat oleh pihak terbabit. Kenapa tidak dumunkan adanya kluster MCKIP?," katanya.


Terdahulu beliau yang juga merupakan Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) telah membuat live FB terhadap isu tersebut. 

"Saya terpaksa berbicara secara langsung dengan pekerja serta ahli keluarga mereka menerusi media sosial sejak semalam. Banyak info yang diperolehi dan wajar diberi perhatian oleh pihak kerajaan terutamanya soal kebajikan pekerja tempatan MCKIP itu sendiri.

"Kilang ini wajar ditutup sementara kerana kes semakin meningkat walau pun tidak di umumkan secara rasmi. Ambulan KKM dilihat keluar masuk kilang MCKIP untuk mengambil pesakit yang positif Covid-19.

"Pekerja yang tidak bergejala sewajarnya dibenarkan pulang ke rumah masing-masing buat sementara waktu. Sudah hampir dua bulan mereka terkurung di sebalik tembok besar MCKIP. Sepatutnya mereka dibenar kuarantin di rumah. Tambahan pula ramai pekerja kantin kilang itu juga bergejala dan kini pekerja lain yang rata-rata anak tempatan hanya diberi makan roti dan maggi cup untuk sarapan pagi, tengahari dan malam bermula hari ini. 

"Sudahlah kebajikan pekerja diabaikan, kini mereka dikurung dalam kawasan kilang kononnya bagi mengelak dijangkiti virus Covid-19 dari luar. Kisahnya virus merebak dari dalam kilang itu sendiri. Banyak aduan soal kebajian pekerja juga dilaporkan dan akan saya bangkitkan selepas ini," katanya. 

Dilaporkan, keluarga pekerja kini semakin gelisah kerana suami, anak dan ahli keluarga mereka berada di dalam kilang terbabit. Mereka terpaksa duduk di asrama walau pun tinggal di Kuantan dan mempunyai keluarga masing-masing yang perlu diberi perhatian ketika pandemik Covid-19 kian melanda sekarang ini. 

Sumber: #PahangDaily