Aduan yang diterima mengatakan tandas terlalu kotor, menjijikkan dan tidak terurus dengan baik sedangkan TSK adalah pintu masuk utama pelancong luar yang datang ke Kuantan menggunakan bas ekspres.
Kami tiba di TSK sekitar jam 6 00 petang. Lokasi tandas bersebelahan kawasan menunggu (depature). Selepas membayar caj 30 sen kami masuk ke dalam tandas lelaki untuk melihat sendiri situasi di situ.
Sungguh mengejutkan, ternyata aduan selama ini adalah benar. Tandas awam TSK bukan saja menjijikkan malah tidak terurus.
Kunci pintu tandas banyak yang dah rosak. Kecoh apabila ada yang hampir bergaduh gara-gara ada orang awam yang menolak pintu untuk masuk ke tandas, sedangkan ada orang lain sedang menggunakannya.
Justeru, kami menggesa sesuatu diambil perhatian segera sebelum suasana yang lebih menjengkelkan berlaku. Difahamkan tandas di tingkat atas berhampiran hentian teksi juga mengalami situasi yang sama.
Senario ini jelas sekali mencemarkan imej "Kuantan Indah Lestari". Justeru, kami menggesa pihak pengurusan TSK mengambil berat tanggungjawab ini.
Edisi terjah seterusnya menyusul jika tiada sebarang tindakan oleh pihak bertanggung jawab.
"Angkara Dedah, Angkara Terjah... Bila Semua Buat Tak Kisah.. Cakna Demi Rakyat"