Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat hari ini berkata tempoh sehingga esok diberikan kepada juruletup bunga api dan tiga pembantunya untuk tampil bagi membantu siasatan insiden bunga api meletup sehingga mencederakan 16 individu semasa sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di padang Kompleks Sukan Pandamaran, Klang
Sekiranya gagal berbuat demikian, maka pihak polia akan melancarkan gerakan mengesan 4 lelaki tempatan itu sekiranya mereka gagal berbuat demikian.
Inilah yang amat memusykilkan. Laporan telah kami buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada jam 3.00 petang, Khamis, 29 September 2016 iaitu empat hari selepas tragedi malang itu.
Tambahan pula program tersebut mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan sendiri sempena "Tahun Melawat Pahang 2o17". Makanya, keputusan "Post Mortem" harus didedahkan kepada umum. Jika dalam mana-mana kes jenayah, pasti keluarga mangsa berpuas hati bila penjenayah akhirnya dihukum ke muka pengadilan. Namun, dalam kes ini apa hairan kerana "senyap sunyi tanpa ada khabar berita" oleh mana-mana pihak.
Sepatutnya, pihak bertanggung jawab sudah mendedahkan kepada orang ramai punca kejadian tersebut bukan sekadar mendiamkan diri demi menyelamatkan pihak-pihak tertentu yang menganjurkan acara itu.
Jika di Selangor, kes hanya cedera namun pihak polis menjalankan siasatan yang cukup rapi untuk membawa mereka yang melakukan kecuaian ke muka pengadilan. Maka, di Pahang sepatutnya ia lebih rapi lagi kerana melibatkan kehilangan nyawa, bukan satu tetapi dua mangsa anak beranak.
Justeru, kami menggesa hasil siasatan kes ini diumumkan kepada orang ramai agar mereka tahu apakah punca sebenar yang menyebabkan kemalangan itu berlaku. Apakah kertas siasatan juga terkubur terus tanpa ada pendakwaan kepada mana-mana pihak?. Mana boleh senyap begitu sahaja tanpa pembelaan kepada keluarga mangsa yang terlibat.
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
04.01.2017