Restoran ini tiba-tiba meletop gara-gara viral isu kamera di tandas
Restoran Marina Tomyam Seafood ini terletak di Peramu Kuantan
Biasanya, isu-isu rakyat di Kuantan pasti saya yang akan viralkan dulu terutamanya yang panas seperti ini. Namun, dalam isu kamera di tandas ini saya agak musykil kerana pemilik restoran terbabit adalah seorang wanita tempatan. Tidak mungkn dia tergamak melakukan perbuatan sedemikian rupa, yang boleh menjejaskan periuk nasinya sendiri. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memantau isu ini dan ternyata terlalu banyak pihak yang menyebar dan menviralkan isu berkenaan termasuk di laman sosial seperti blog, facebook, whatsapp, instagram, wechat dan sebagainya.
Senario di bahagian dalam restoran, warna hijau, pink dan ungu
Susulan daripada tindakan tersebut, perniagaan restoran Marina Tomyam Seafood telah mengalami kerugian yang mendadak akibat kehilangan pelanggan tetap mereka. Malah, tidak cukup dengan itu pemiliknya juga telah dihembur dengan perkataan yang tidak elok oleh semua pihak. Tindakan tersebut benar-benar telah menjejaskan perniagaan restoran terbabit sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Sungguh mengejutkan apabila edisi terjah saya mendapati semua pihak telah salah faham dengan isu ini.. kamera yang dipaparkan itu bukanlah dalam bilik tandas restoran yang dikhaskan untuk pelanggan tetapi ia dipasang dalam bilik air (tandas) rumah sewa pekerja-pekerja restoran terbabit... Maknya, apa yang diviralkan tidak benar dan fitnah semata-mata bagi tujuan menjatuhkan perniagaan Marina Tomyam Seafood sebenarnya.. Saya cuba menyiasat dan mencari bukti kebenaran ini. Ia bertujuan agar orang ramai bertambah yakin dengan laporan polis yang disebarkan sebelum ini.. Ini kerana masih ada pihak-pihak tertentu yang tidak tahu menahu cerita sebenar telah menyebarkan perkara ini tanpa usul periksa.
Bukti, laporan polis tentang isu kamera di buat sebelum ia viral
Bukti, laporan polis dibuat pada 17 Januari sehari sebelum isu viral
Bukti, laporan polis dibuat kejadian di rumah sewa bukan di restoran
Bukti, isu mula diviralkan sejak daripada tengahari pada 18 Januari
Siasatan saya juga mendapati ternyata kamera yang diviralkan itu sah bukanlah di tandas pelanggan restoran sebalik di rumah sewa yang terletak bersebelahan dengan restoran itu. Perkara ini telah disedari oleh pemilik restoran berkenaan sehari sebelum isu diviralkan iaitu pada Ahad, 17 Januari 2016. Isu ini diviralkan pada Isnin, 18 Januari 2016 lalu.
Bukti, inilah dia tandas pelanggan yang terdapat dalam restoran
Saya dimaklumkan oleh pemilik restoran bahawa dia sedar adanya kamera tersebut pada hari Ahad, 17 Januari 2016 sekitar jam 6.00 petang selepas dilapor oleh adik ipar dan pekerjanya. Kamera itu dijumpai di dalam rumah sewa ketika mereka sedang membaiki paip di tandas bilik air. Mereka terlihat ada wayar yang mencurigakan. Mereka kemudian memeriksanya, dan mendapati ada wayar bersambung ke luar rumah. Di percayai dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengintai pekerja wanita yang mendiami rumah sewa terbabit. Untuk restoran ada tandas lain, tandas rumah sewa hanyalah untuk kakitangan restoran sahaja. Pelanggan tidak dibenarkan langsung masuk ke tandas rumah sewa terbabit sebenarnya. Kamera (CCTV) yang diviralkan itu dijumpai dalam tandas (bilik air) rumah sewa dan bukan tandas restoran seperti yang didakwa.
Bukti, perbezaan ketara tandas rumah sewa dan tandas restoran
Bukti, kamera dipasang dalam tandas rumah bukannya restoran
Selepas ternampak kamera terbabit dan mengesyaki ada tindakan khianat dan mencurigakan beliau (mangsa) dan suaminya telah mengambil video bukti untuk tindakan lanjut. Mereka kemudiannya telah menghubungi Pondok Polis Peramu dan kemudian diarahkan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. Mereka membuat laporan polis tentang insiden terbabit sekitar jam 8.10 malam pada hari kejadian.
Malam itu (17 Januari) dalam pukul 9.30 mangsa (pemilik restoran) telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pegawai polis yang ambil kes itu di IPD Kuantan, dalan jam 10.30 selepas beri maklumat berkaitan pihak polis telah datang ke rumah sewa terbabit untuk membuat siasatan. Polis tengok kamera kerana mereka tak buang dan tak sentuh barang bukti terbabit. Kes ini sebenarnya masih lagi dalam siasatan pihak polis. Maknanya, kes ini adalah perbuatan khianat terhadap pemilik restoran berkenaan dan bukannya mereka cuba khianati pelanggan dengan memasang kamera dalam tandas.
Rumah sewa (bumbung merah) bersebelahan restoran terbabit
Inilah rumah sewa, lokasi kejadian kamera dalam tandas berlaku
Difahamkan pemilik restoran yang menjadi mangsa amat terkejut apabila keesokan harinya iaitu pada Isnin, 18 Januari 2016 berita penemuan kamera di tandas restoran mereka pula telah disebarkan. Pemilik terbabit telah mengalami trauma akibat tindakan ini kerana perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Viral pertama difahamkan telah disiarkan dalam laman facebook group Warga Kuantan, dan mendapat komen dari ribuan ahli group tersebut. Rata-rata marah dan mencaci tindakan restoran terbabit dan ada juga yang mahu membuat laporan polis kerana merasa terlalu kecewa dengan perbuatan tersebut. Hakikatnya mereka tidak tahu apa yang berlaku ada sebaliknya.
Beginilah keadaan syiling bumbung tandas khas untuk pelanggan
Kutukan dan cacian bukan sahaja datang daripada pelanggan malahan juga daripada rakan-rakan dan saudara mara yang mahukan penjelasan lanjut isu tersebut. Saya difahamkan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan polis cawangan khas juga telah datang ke restoran terbabit untuk mengambil keterangan daripada beliau. Namun selepas jawapan yang kukuh diberikan akhirnya pihak terbabit membenarkan Marina Tomyam Seafood terus menjalankan operasi mereka seperti biasa. Walau pun ramai yang menjangka restoran terbabit ditutup. Apapun, difahamkan ramai pelanggan tetap telah lari dan tidak mahu lagi ke restoran yang cukup popular dengan masakan Ketam Telur Masin itu. Perniagaan mengalami kerugian dan dalam hal ini, pemilik restoran terbabit yang menjadi mangsa. Bukannya pelanggan seperti yang didakwa.
Tandas dalam restoran hanya dikhaskan untuk pelanggan sahaja
Tandas dalam restoran, mengekjalkan imej pintu berwarna hijau
Tandas di dalam restoran, mosaic warna hijau dan dinding ungu
Tandas di dalam restoran, pandangan dari bahagian belakang
Menurut pemilik restoran, sangkaannya isu tersebut reda selepas beberapa hari meleset kerana selepas seminggu masih ada pihak yang menviralkan insiden tersebut di dalam blog dan termasuk pages popular seperti Siakap Keli dan lain-lain lagi.
Tandas dalam rumah sewa, lokasi kejadi kamera yang diviralkan
Tandas rumah sewa, pintu berwarna kuning dan mosaic cream
Kejadian yang menimpa Restoran Marina Tomyam ini sebenar sudah seringkali kita dengan di tempat-tempat lain. Namun, apa yang menimpa mereka amatlah hebat sekali. Namun dengan bukti dan dokumen yang ditunjukkan, jelas sekali satu penganiayaan telah berlaku kepada pemilik premis terbabit.
Bukti, lokasi kamera ditemui sama dengan batang paip tandas ini
Bukti, bahagian belakang tandas rumah sewa yang jadi viral itu
TERJAH: SAH, KAMERA DALAM TANDAS RESTORAN MARINA TOMYAM SEAFOOD RUPANYA HANYA FITNAH SEMATA-MATA Mereka (pemilik...
Posted by Mohd Shukri Mohd Ramli on Sunday, 31 January 2016
Justeru, kepada semua pihak yang telah menyebar dan menviralkan isu ini digesa menarik balik segala posting-posting berkenaan. Amatlah tidak wajar. menjatuhkan hukuman dengan hanya berdasarkan kepada gambar semata-mata sedangkan pihak berkenaan telah menunjukkan segala bukti bahawa mereka sebenarnya adalah mangsa dalam insiden ini.
Akibat kesilapan dan fitnah berkenaan, perniagaan Restoran Marina Tomyam Seafood telah mengalami kerugian tindakan viral yang dilakukan. Semoga dengan pembongkaran ini dapat memberi pencerahan kepada semua pihak. Ikhtibar yang boleh diambil ialah perlu berhati-hati ketika menyebarkan maklumat yang diviralkan. #ANGKARA@TERJAH